.

Seputar Pengertian Fidyah

Seputar Pengertian Fidyah. Di zaman sekarang ini, ada sebagian orang yang beranggapan, bahwa seseorang boleh tidak berpuasa meskipun sama sekali tidak ada udzur, asalkan dia mengganti dengan membayar fidyah. Jelas hal ini tidak dibenarkan dalam agama kita. Berikut adalah penjelasan tentang Fidyah, Hukum Fidyah, Siapakah Yang Dikenakan Fidyah.

Seputar Pengertian Fidyah

Definisi Fidyah

Pengertian Fidyah adalah denda atas seseorang Islam yang telah baligh karena telah meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun dengan sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. dan juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Kewajiban ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang artinya :
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka siapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah yaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).” (al-Baqarah: 184).

Kadar Fidyah

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di suatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan pokok penduduk). Nilai fidyah dalam satu hari tidak berpuasa dapat dihitung berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.

Siapakah Yang Dikenakan Fidyah

  1. Uzur menunaikan puasa wajib. Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.
  2. Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.
  3. Tidak berpuasa kerana bimbang akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.
  4. Ibu yang Menyusui Anak. Tidak berpuasa kerana merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa.
  5. Orang yang telah meninggal dunia. Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris -warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.
  6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’). Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Sumber PPZ MAIWP
Artikel Pada Blog ini kami kutip dari berbagai sumber. Semoga Artikel Tentang Seputar Pengertian Fidyah Dapat Bermanfaat Dan Apabila artikel ini berguna untuk anda silahkan copy paste dengan menyertakan Sumbernya. Kami Mohon maaf yang sebesar-besarnya jika ada Kesalahan Dan Kekurangan Pada penulisan Artikel ini. Terima kasih atas perhatiannya.
....

0 Response to "Seputar Pengertian Fidyah"